



Aisy Asyraf ialah jenama fesyen lelaki kontemporari yang menawarkan rekaan moden dan terkini mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah, jenama ini diilhamkan daripada nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau, Aisy Raihan.
Menampilkan koleksi pakaian lelaki yang patuh syariah, Aisy Asyraf menyediakan pilihan untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak seawal 2 tahun hingga ke saiz dewasa plussize (7XL). Setiap rekaan dihasilkan secara eksklusif dengan potongan istimewa agar pemakai kelihatan segak dan bergaya, sambil menikmati keselesaan sepanjang hari. Material berkualiti tinggi yang digunakan memastikan keselesaan tanpa rasa panas, menjadikannya sesuai dipakai pada Hari Raya, majlis keraian, atau bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan variasi rekaan yang menarik pada harga berpatutan, Aisy Asyraf adalah pilihan terbaik untuk lelaki yang mementingkan gaya dan keselesaan.
WhatsApp admin untuk membuat tempahan
Lakukan pembayaran dan berikan butiran penghantaran.
Minta nombor tracking daripada admin selepas pesanan diproses.